Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah dijemput untuk menyertai Program E-Forum bersama Fakulti Perundangan Universiti Multimedia (MMU) pada 25 Mac 2021 (Khamis) dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang melalui pelantar Google Meet.  E-Forum anjuran MMU yang bertajuk “Fitnah di Hujung Jari: You bohong You Tanggung” bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai penggunaan media sosial supaya tidak memberikan kesan negatif kepada orang lain.  Selain itu, program tersebut juga mendedahkan para pelajar tentang penyalahgunaan media sosial disebabkan liputan maklumat yang tidak terhad serta cara-cara mengelakkan dan menangani masalah buli siber.

Sebanyak 121 orang pelajar dari Menengah Atas Dua dan Tiga telah menyertai Program E-Forum tersebut.  Pihak penganjur juga menyediakan aktiviti kuiz untuk pelajar.  Sebanyak tiga orang pelajar iaitu  Vynnie Tan dan Lorraine Chong Man Hueen dari Senior 2 Ren serta Kew Zi Hui dari S 2 Ai  merupakan antara 10 orang  pemenang kuiz cepat dan tepat yang terbaik.   Pemenang-pemenang kuiz akan menerima cenderahati dan sijil penghargaan manakala peserta-peserta akan menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur jua.

恭喜本校学生,高二仁班陈薇霓、张芠萱以及高二爱班邱梓诲在线上马来文论坛“Fitnah di Hujung Jari: You Bohong You Tanggung”问答环节中, 以快速和准确应答获得前十名 (top 10)!

该论坛由MMU多媒体大学马六甲院校(Multimedia University, Melaka)举办,旨在唤醒青少年使用社群媒体的意识。论坛中与与学生探讨社群媒体使用议题,例如网络霸凌、个人隐私以及如何正确使用社群媒体而不对他人造成负面影响。

恭喜所有获奖同学们并希望同学能运用在论坛中所学习到的知识,善用工具,让网络世界变得更加友善。