老师想说 #25

信件主旨:《Kepada warga Tshung Tsin》

寄件人: Cikgu Chong Kong Shang

Pada bulan November 2019,
Covid 19 mula merebak,
18 bulan telah berlalu,
Kehidupan harian telah berubah,
3W 3S wajib diamal,
Virus tak pernah bercuti,
Mencari peluang terus berjangkit.

Kita harus sedarkan diri,
Sayang nyawa kita sendiri,
Sayang nyawa keluarga kita,
Sayang nyawa masyarakat kita,
Patuh SOP setiap hari,
Agar suatu hari nanti,
Kehidupan normal akan kembali.

Pelajar harus sabar berusaha,
Menuju ke arah kejayaan,
Pelbagai cara belajar sendiri,
Masa berlalu tak kembali,
Pelajaran bagai harta sendiri,
Ilmu dipelajari pengetahuan dicari,
Pengalaman diri kekal abadi.